Sabtu pagi yang dingin.
Seawal jam 5.30 pagi Ummi sudah bangun mandi bersiap dan menunggu waktu Subuh.
Seusai Solat Subuh bersegera mengambil telefon.
Berkali kali mendail nombor menelefon rakan rakan yang akan menyertai.
Risau apabila ada yang tidak menjawab.
Masih tidurkah?
Jam 6.05 pagi, Ummi bersegera menjemput rakan untuk di bawa ke sekolah.
Tempat berkumpul sebelum bertolak memulakan perjalanan.
Syukur apabila ramai yang sudah ada.
Cuma anak anak murid ada beberapa orang yang agak lambat bersiap.
Lebih kurang jam 6.45 pagi. Bas memulakan perjalanan.
Kami singgah sebentar di RnR Rawang untuk bersarapan.
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam,
akhirnya kami selamat tiba di Gua Tempurung lebih kurang jam 10.30 pagi.
Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah menjelajah Gua Tempurung.
Our Guide Mr. Gurnam aka Mr. G seorang yang sangat berinformasi
dalam menerangkan tentang sejarah dan bentuk muka bumi Gua Tempurung
yang sudah berusia ratusan juta tahun.
Pada awalnya, Mr. G menunjukkan sebatang sungai kecil sebelum memasuki Gua Tempurung.
Sungai itu nampak kecil dan nampak tidak penting.
Tetapi hakikatnya sungai yang kecil itulah sebenarnya berperanan besar
dalam membentuk Gua Tempurung.
Perjalanan di Gua Tempurung mempunyai 2 bahagian.
Bahagian pertama hanya melalui tangga tangga yang tinggi dan kawasan ini berlampu.
Tidak mengapa jika tiada lampu suluh.
0 comments