Kisah Ummu Iman Khalis

Hari Guru Terindah

10:50 AM

Terindah bukan kerana banyaknya hadiah,


Tapi banyaknya kasih sayang dan keikhlasan terzahir ketika hari itu.

Sudah lama tidak rasa dihargai begitu rupa.

Biasalah, kalau tiada event penting,

ucapan terima kasih pun sudah memadai untuk tunjukkan rasa penghargaan.

Tapi kadangkala, apabila ucapan terima kasih hanya di bibir sahaja,

ibarat adat dan kebiasaan setiap kali habis kelas,

tiada kesungguhan, tiada keikhlasan,

maka kesan penerimaannya juga biasa.

Adatlah manusia memang begitu.

Suka dihargai, lupa menghargai.


Maka apabila Ummi dan rakan rakan guru dihargai oleh anak anak didik kami sendiri,

di suatu hari yang sambutannya sangat meriah,

maka, suka sekiranya Ummi menukilkan rasa penghargaan dan terima kasih,

atas sambutan Hari Guru Terindah yang telah lama tidak kami rasai.


Rasanya, hari tersebut boleh dianugerahkan Hari Guru Paling Adil untuk semua guru.

Alasannya kerana semua guru dihargai oleh anak murid di kelas masing-masing.

Tiada isu sesiapa yang tidak mendapat ucapan khas,

tiada isu sesiapa yang langsung tidak mendapat kad ucapan,

tiada isu sesiapa yang langsung tidak mendapat hadiah.

Well, brilliant idea sebenarnya sambutan di kelas.

It's fair and square!

Sampai sekarang Ummi tidak tahu idea siapa sebenarnya,

dari PIBG atau pelajar sendiri?


Kisah Sambutan di Kelas 2 Dinamik


Seusai majlis bacaan yasin di surau.

Diikuti dengan sarapan untuk guru dan pelajar di dewan.

Semua guru dijemput oleh pelajar kelas masing-masing untuk ke kelas.

Ummi di Kelas 2 Dinamik bersama Cikgu Samsiah.


Ok, mula mula, bila sampai pintu kelas ditutup.

Then ada beberapa orang pelajar tunggu di hadapan pintu.


Then ada dua orang pelajar pakaikan crown pada Ummi dan Cikgu Samsiah.

Crown ni special sangat sebab bila Ummi pakai sampai di dewan, crown ini jadi perhatian.

Terima kasih kepada Nik ( tengah : gambar di bawah ) 

sebab katanya dia yang buatkan crown ni khas katanya.


Bila buka pintu, ada belon and tali untuk dipotong.

Ummi tiada gambar tu, sebab takkan sibuk nak pegang phone ambil gambar sepanjang ni kan.

Tapi Cikgu Samsiah cucuk belon yang ada sampai meletop.

Ok, Ummi fobia benda benda meletup ni.

Memanglah akan terperanjat.



Dalam kelas, kami diminta duduk di kerusi.

Then ada 2 orang pengacara comel ni,

Zaza and Hafi.

Well, mereka baru Tingkatan 2,

Not bad, by training they can do better :)

Kemudian ada bacaan doa dan ucapan ucapan dari Ketua Kelas dan Setiausaha Kelas.



Well, both beri ucapan yang ringkas sahaja.

Yang penting mereka berani, ikhlas dan bersahaja.



Kemudian acara potong kek,

Comel kek ni, bentuknya macam buku.


Ini acara 'special', tak tahulah ni acara wajib semua kelas ke apa,

tapi Ummi tengok hampir semua kelas ada acara ni.

You know what, bukan Ummi tak suka acara ni,

tapi kelakar ok, nak suapkan cikgu makan.

So, Ummi yang suapkan lagi baik!


Then, seperti biasa,

selfie or wefie wajib ok !




Then, pelajar ni acah- acah suruh cikgu dia ke belakang kelas,

Kononnnya ada hadiah di belakang kad  ni.



Kami pun dalam percaya tak percaya pun belek belek lah kad kad ucapan tu,

mencari sesuatu katanya ada di situ.

Well, then....

SURPRISE !!!


 Datang hadiah teddy bear besar ok,

See my facial expression,

punyalah seronok tak terkata.

Well, almost semua perempuan suka teddy bear,

kalau mama Ummi dulu tak suruh buang teddy bear and all anak patung dulu sebab dah besar, 

rasa dah menimbun dah teddy bear di rumah.


See, siapa sangka pelajar lelaki bagi teddy bear kepada cikgu dia.

Sweet sangat kan :)

Sampai di bilik guru,

semua excited ok, tengok teddy bear ni.

Well, like I said, siapa tak suka teddy bear ?

Ada satu gambar, Ummi dengan real sun bear.

Yang tu lagi berganda Ummi suka.

Gambar tu masa sambutan Family Day dan Hari Guru di Gambang,

sponsored by Dato' Razali Merican.


I like baby bear and teddy bear. Both !







 Then, di bilik guru, acara tangkap hadiah dengan hadiah orang lain.

Yang di atas tu, Ummi pegang hadiah Cikgu Awin.

Hari Guru yang istimewa ni.

ACARA DI DEWAN

Kemuncaknya bila semua cikgu di arak ke dewan.

Bukan sahaja di arak siap dipayung lagi.

Ok, best, I like, seriously.




See, sangatlah berwarna warni dan ceria.

Sesuai dengan tema rainbow!

Terasa macam permaisuri ok.



Yang iring Ummi ni namanya Nazmi.


Program di dewan sangat special.

Kebiasaannya sambutan yang ada hanyalah kerusi.

Tapi special sangat hari ni,

sebab bukan sahaja ada persembahan di dewan,

tapi ada jamuan.

Tapi, bila terlalu banyak sangat makanan,

bila habis event, makanan tengahari tu,

mostly ramai tak boleh nak makan banyak sangat,

sebab ada banyak sangat makanan,

especially sebelum masuk dewan dah ada heavy breakfast,

di kelas ada makanan lagi,

dan di dewan, makan lagi.

Mungkin mereka tau kami suka makan agaknya.



Antara event yang ada selain ucapan ialah gimik pelancaran.

Sebelum tu ada banyak ucapan.

Antara ucapan yang paling Ummi suka ialah ucapan daripada Aridh Arimi,

Ketua Pelajar SAS.

First time, seorang Ketua Pelajar bagi ucapan yang sangat sincere dari hati,

sampai sebak nak nangis macam tu,

well, he such a good head boy,

soft hearted, humble and always try be himself.


This one is Aridh Arimi, our headboy 2015.

Selain ucapan ketua pelajar, ucapan dari Datin Niky Ketua Kelab Guru,

Ummi tertarik dengan pantunnya,

tapi Ummi tak berapa nak ingat sangat,

tapi hujungnya something like this,

" tinggi suara kadang menjerit, bukan marah tapi bersemangat"

Rasanya lebih kurang macam tu,

then, tiba tiba Datin mentioned my name,

well, betullah tu,

yang paling kuat suara di sekolah,

mestilah Ummi,

haha.

Dan betullah juga, bukan marah, tapi bersemangat.

Ada satu video Ummi nak tunjukkan,

video tu dirakam oleh kawan Ummi namanya Kak Ija,

ayat pertama Kak Ija cakap bila dia kata dia rakam video Ummi kan,

bila Ummi perkenalkan diri,

suara macam guru disiplin.

Then, Ummi dengan tak sabarnya download video tu di whatsapp,

Ok, after dengar video tu,

then, Ummi fahamlah betapa lantangnya suara nSI.

Kelakarkan diri sendiri tak tau suara sendiri.






Ini antara persembahan yang ada di dewan.

Drama ni sangat best.

Sayangnya, tiada rakaman.

Dan video hari guru dari Sas Lens pun sangat best.

Semua cikgu kalau tengok video tu memang boleh nangis.





Ini persembahan dari pelajar Tingkatan 5 dan 1.


Ini dari Tingkatan 3.

Sebenarnya ada persembahan daripada semua tingkatan.

Tingkatan 2 siap ada tarian hindustan lagi.

Semuanya best, walaupun mereka tak sempat berlatih sangat pun,

sebab baru sahaja habis exam.

Terima kasih sangat atas effort semua.


Ini pasukan kompang, tanpa pasukan kompang kurang bermakna majlis gimik :)



Habis majlis, selepas menjamu selera.

Sessi bergambar.

Walaupun tak sempat sangat, sebab Hari Jumaat,

semua rushing untuk solat,

dan majlis habis lewat.

Tapi, alhamdulillah banyak gambar juga yang sempat diambil.

Gambar di atas, Ummi dengan semua mentees.

Suppose ada ramai lagi.

Tapi mana yang sempat sahajalah.

Mentees Ummi dah Tingkatan 5.

Tahun akhir, maknanya tahun hadapan Ummi akan dapat mentee yang baru.

Ummi sayang semua mentees ni,

macam anak sendiri,

walaupun waktu terhad, jumpa pun jarang,

tapi Ummi concern pasal mereka.

Mereka sahaja yang mungkin tidak tahu.

Pelajar tingkatan 5 kan.

Hendak ditegur, marah bukan lagi caranya.

Cara bercakap, gaya bertindak juga sudah makin berbeza.

Tahun ini tahun terakhir mereka di sini.

Moga kejayaan sentiasa mengiringi mereka, ameen.




Ini photo booth yang cantik, macam pelamin pengantin.

Di bawah,

antara gambar dengan pelajar yang sempat di ambil.

  Ini Hazim pelajar Tingkatan 4. Orangnya sweet, hockey player, nakal jugalah dalam kelas, tapi hormat guru.

 Dengan Siddiq, one of my mentees, orangnya humble dan yang paling Ummi ingat tenting Siddiq ni ialah, semasa dia Tingkatan 3, ketika Temasya Sukan, tidak sengaja dilanggar oleh Mujahid dari Rumah Aminuddin Baki, then Rumah Za'ba kalah, tapi Siddiq pergi ke surau menenangkan hatinya.
Such a good boy.

Ini pelajar paling tinggi di sekolah ni, ok. Jangan berdiri sebelahnya, terus nampak sangat pendek dan gemuk!

Ini Akmal Huszayreen, sangat pandai main gitar, lama Ummi tak ajar dia, tapi still dia rajin tegur Ummi, I like his attitude. So gentleman.

 Ini Irsyad, orangnya pendiam, cool, but see when he smiles, he looks so sweet. 

 Ini Isyraq, suka tersengih, orangnya peramah.

Sebelah kiri tu Aridh Arimi Ketua Pelajar, yang sebelah sana tu Zaki, maaf, matanya tertutup, tapi yang Ummi ada hanya gambar ni. Both, antara pelajar yang rapat dengan Ummi, dan kedua-duanya sudah Tingkatan 5, akan melangkah keluar dari SAS. Sedihnya.
Cikgu sebelah Ummi tu Ustazah Nabilah, cantik macam model muslimah :)

Ini gambar paling legend sebenarnya. Sebelah kiri tu Cikgu Salleh, PK HEM selaku Ketua Warden dan sebelah kanan tu Cikgu Shahrizan antara warden yang garang di SAS. Gambar ni simbolik sebenarnya, sebab hari ni juga adalah hari terakhir Ummi berkhidmat sebagai warden setelah hampir 5 tahun setengah berkhidmat sebagai warden. And dalam minggu ni juga ada banyak konflik and drama yang berlaku, dan agak sedih untuk melangkah pergi sebenarnya, berat tapi terpaksa. Sesungguhnya warden tu rapatnya macam keluarga, sebab kamilah yang paling lama berada bersama pelajar di asrama. Ibarat ibu bapa kedua kepada semua pelajar.

Ini hadiah nSI dapat, tak banyak, tapi penuh ikhlas terasa sampai di hati, sungguh terharu, terima kasih semua :)
  



































You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis