Musafir di Bumi Tuhan

Permusafiranku ke Bumi Bersejarah Turki - Part 6

7:49 AM

Day- 4

Sambungan...

Malam terakhir di Pamukkale.

Kami tak lama di sini,

Maka, Ummi dan beberapa orang rakan,

terasa sayang menghabiskan sahaja waktu berlalu begitu sahaja,

maka kami berhajat meilhat Pamukkale di waktu malam.

Kamera Ummi tidak mahal,

hanya menggunakan hp camera sahaja,

sayang kerana gambar tidak berapa cantik untuk dirakam menjadi kenangan.

Cukuplah hanya ada di minda tentang indahnya Pamukkale di waktu malam.

Suasana sunyi,

Orang juga tidak ramai,

dari jauh kedengaran sayup-sayup bunyi deruan air seperti air terjun lagaknya.

Bila kami mendekati,

di waktu malam,

Tarevertine Hot Springs diterangi cahaya lampu.

Indah. Subhanallah!

Dimanakah mungkin lagi dijumpai bentuk muka bumi seindah Pamukkale?

Dunia yang sementara punyai keindahan sebegitu rupa.

Andai di syurga nanti bagaimanakah lagi indahnya.

Maha Suci Allah,

sungguh ku kagumi kebesaranmu.

Geng berjalan malam di Pamukkale

Berlatar belakangkan tasik dan Travertine Hot Springs

Di belakang nSI ialah Travertine Hot Springs yang diterangi cahaya lampu

Kami bermalam di hotel Ayapam Hotel,

Ummi tidak sempat bergambar di hotel ini,

mungkin kerana mengejar waktu,

lagipun di hotel ini,

anak anak pelajar pun sibuk praktis untuk persembahan esoknya di Mekke Tahfiz School,

Dan keesokan paginya sahaja,

kami terus bertolak ke Isparta,

untuk melawat sebuah sekolah tahfiz di sana.

Apa yang sempat kami laksanakan,

di keesokan pagi di Pamukkale ialah

bergambar di tasik yang Ummi pergi dengan rakan-rakan pada malam sebelumnya.

Bersyukur berada di sini

Segak tak mereka?

Macam dikelilingi bodyguards tak?

Jika anda berhajat ke Turki,

jangan hanya ke Istanbul.

Pamukkale it's a must!






You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis