Eveningness VS Morningness
8:22 PM"Some people are night owls, and like to stay up late at night and sleep late in the morning,
while others are early birds, and prefer to go to bed at an early hour and arise with the break of dawn.
In scientific language this phenomenon is called Momingness-Eveningness (M-E),
and can be defined as individual differences in sleep-wake patterns,
and the time of day people feel and perform best."
http://link.springer.com/chapter/10.1007/0-387-23822-0_1?no-access=true
Topik hari ni,
Eveningness VS Morningness,
Night-Owls VS Morning people,
Orang Malam VS Orang Pagi.
Kenapa nSI bercakap pasal ni,
sebabnya ialah,
nSI sendiri sangat sukar bangun pagi,
'seriously' sangat sukar.
Kenapa sukar?
Jawapannya kerana nSI kategori orang malam or 'evening type person'.
Pagi tadi sahaja,
berdering 'call' dari my BFF ajak 'jogging'.
Tapi, langsung nSI tak perasan.
'Seriously',
nSI sangat sukar 'jogging' di awal pagi.
nSI perlukan 'strong will',
kena gagahkan diri,
'set mind' sebelum tidur,
dan kena paksa diri tidur awal,
baru boleh bangun awal pagi,
baru boleh 'jogging' awal pagi!
'My mom' pun dah tak larat nak tegur anak-anaknya bangun pagi,
sebab semua adik beradik nSI memang sukar bangun pagi!
Paling susah nak 'cover' bagi yang dah berkahwin,
dan yang ada anak.
Paling teruk, bila ada di rumah mertua.
Teringat dulu,
bila balik rumah mertua,
lepas subuh je,
my mother in law,
Ya Allah, awalnya lah hai,
kat dapur dah bunyi kelentang kelentung siapkan breakfast!
Disebabkan malu punya pasal,
takkanlah menantu tidur lepas subuh,
so, gagahkan juga diri bangun,
tolong apa yang patut di dapur.
Tapi, 'seriously',
macam 'zombie' je lah kat dapur,
jasad sahaja yang ada,
tapi roh melayang entah di mana!
Dan orang-orang dahulu,
'especially' mak-mak,
sangat sukar nak memahami perkara ni.
Dalam pemikiran mereka,
orang yang bangun lewat pagi ni,
pemalas!
'Again', PEMALAS!
Kalau lelaki bangun lewat,
tahan lah lagi,
tapi kalau perempuan yang bangun lewat,
lagilah teruk,
apa punya perempuanlah pemalas, tak sesuai langsung jadi bini orang!
Macam itulah stigma semua orang.
Tapi nSI belajar pasal 'circadian rhythm type' ni dah lama dah,
masa belajar di UIA dulu,
semasa belajar 'course psychology',
inilah antara topik yang di pelajari,
Eveningness VS Morningness!
Kadang kala,
memang rasa nak marahkan diri sendiri,
kenapalah susah sangat nak bangun pagi,
bila cerita pada orang lain,
orang lain akan kata,
memanglah susah nak bangun pagi sebab tidur lambat!
Believe me!
Kalau nSI tidur awal sekalipun,
nSI tetap akan bangun lambat,
sampai overslept boleh tidur sehingga 12 jam,
sampai boleh jadi sangat letih bila bangun kerana terlebih tidur!
Sampailah nSI masuk Universiti,
belajar pasal topik ni,
then,
nSI tak blame diri sendiri dah.
In fact, nSI makin kenal diri sendiri,
dan nSI tau waktu terbaik untuk nSI study,
sebab masa tu masih lagi bergelar student.
Dulu, masa nSI sekolah menengah,
pernah terbaca coretan seorang pelajar terbaik sekolah di majalah sekolah,
kemudian jumpa ayat macam ni,
"Biasakan diri belajar di awal pagi, kerana membaca di awal pagi lebih 'fresh'!"
Ayark!
Bukan nSI tak pernah cuba,
cuba berjuta kali dah,
tapi tak pernah berjaya!
Serious!
Pernahlah cuba tidur awal,
then bangun pukul 4 pagi,
siap mandi lagi,
tapi,
tak sampai 10 minit buka buku,
terus rasa mengantuk balik,
baca apa pun tak masuk!
Pastu, tertanya dalam diri,
"Oh, aku bukan pelajar cemerlang agaknya, sebab tak boleh bangun belajar awal pagi!"
Sampai macam tu sekali punya perasaan.
Tapi, daripada nak terikut-ikut cara orang,
nSI memang dari zaman sekolah,
stay up malam-malam,
study sampai pukul 2 pagi.
Zaman duduk asrama tu biasanya jam 12 tengah malam dah light off dah,
tapi mata nSI akan segar bugar,
rasa bersemangat untuk belajar,
so, duduklah menelaah buku di tepi-tepi pintu dorm,
dan di tepi-tepi koridor,
'study' di bawah sinaran lampu koridor!
Sampailah, di universiti,
bila belajar topik ni,
teringat balik semua yang nSI baca,
especially pesanan kakak senior,
best student sekolah nSI tentang belajar awal pagi!
Patutlah nSI tak boleh nak ikut,
dah dia orang pagi,
dan nSI orang malam,
mana nak sama!
Paling nSI ingat zaman di universiti dulu,
kalau minggu peperiksaan,
ambil pula subjek Ilmu Wahyu dan 'minoring in Psychology',
100% subjek membaca,
sudahlah nSI lemah dan kurang minat bab baca membaca ni.
Semua kitab-kitab pula,
Ya Allah tebal ya Amat,
nak sedut semua isi kitab tu,
kalau tak Dobit memang nangis la.
nSI akan ulang satu kitab paling kurang 3 kali,
then baru boleh faham dan terhafal semua isi kandungan kitab tu.
Ada rasa nak muntah juga lah bila dah menghadap berjam-jam kitab ni.
Tapi 'amazingly' bila minggu peperiksaan,
nSI boleh duduk menghadap buku macam ni,
walaupun stay up sampai pukul 6 pagi pun masih boleh baca dan masuk dalam otak,
'after' solat subuh, tidur sekejap sahaja,
supaya tak rasa 'weng' masa jawab exam,
'then' bangun,
mandi,
dan terus pergi jawab 'exam' pukul 8 pagi!
Dan masih boleh 'perform' masa menjawab soalan.
Orang eveningness sahaja boleh buat macam ni,
orang morningness jangan cuba buat,
nanti 'blank' dalam 'exam hall',
macam yang 'one of my BFF' buat dahulu.
Bila dia cuba ikut nSI stay up,
padahal dia orang pagi,
bila masuk dalam Exam Hall,
terus 'blank',
langsung tak boleh jawab,
keluar dari 'exam hall' memang menangislah jawabnya,
sangat kesian kat dia,
sampai kena 'repeat paper'.
Morningness,
seharusnya tidur awal,
dan bangun awal!
So,
moral of the story:
Kenali diri anda,
kenali potensi diri anda,
Anda akan jadi lebih hebat,
andai anda benar-benar mengenali diri sendiri :)
nSI attach satu link,
siapa-siapa yang masih belum tahu dirinya eveningness atau morningness,
boleh cuba jawab 'test' tersebut di sini:
http://www.cet-surveys.org/Dialogix/servlet/Dialogix?schedule=3&DIRECTIVE=START
Dan ini contoh 'result test' yang nSI buat:
Definitely, I am eveningness.
Automated Morningness-Eveningness Questionnaire |
0 comments