Kisah Ummu Iman Khalis

Saya Anak Bumi Waqafan

10:39 AM

Ummi agak busy semenjak dua menjak ni,
lepas tu agak tak pasti kenapa dengan blogger.com ni,
Ummi tak boleh nak edit dan post macam biasa,
something wrong kat mana tak tahu,
yang ini pun boleh post sebab cuba-cuba berjaya,
taktaulah kalau blog Ummi ni ada virus ke,
entah?

Sekarang memang dah agak lewat sebenarnya,
almost 2.30 pagi,
Ummi sebenarnya tengah siapkan kerja yang menimbun,
bila malam Ummi akan jadi lebih rajin sedikit berbanding siang,
well, nocturnal lah katakan,
night owl :)

I just hope one fine day,
Ummi akan jadi early riser,
tak lagi berjaga lewat malam,
sebab tak baik untuk kesihatan sebenarnya.

Ummi tak ada benda nak cerita sebenarnya,
cuma Ummi nak tunjuk satu gambar.


Gambar my previous school,
KISAS aka SASIC,
Kolej Islam Sultan Alam Shah aka Sekolah Alam Shah Islamic College.

Cantik tak gambar ni?
Gambar ni ada seorang kawan ex-kisas post di group reunion kisas spm 2001,
so nSI rasa gambar ni sangat lawa,
so nSI pun download gambar ni,
dan sebenarnya rindu dengan sekolah lama.

Paling rindu dengan KISAS,
taktaulah dalam banyak-banyak sekolah yang Ummi belajar,
kenapalah KISAS juga yang paling dekat di hati.

Mungkin juga biahnya, gurunya, ikhwan dan akhwat nya,
mungkin juga kerana KISAS itu sendiri.
Apapun zaman sekolah memang zaman yang paling best dan paling seronok sebenarnya,
walaupun tension untuk kejar A dalam semua subjek,
tapi pengalaman dan kenangan belajar bersama teman-teman,
itu adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilupakan.

In fact,
Ummi sangat rapat dengan rakan-rakan ex-kisas,
compared dengan kawan-kawan sekolah Ummi yang lain.
Our bonding, our ukhuwwah memang sangat kuat,
paling tak sangka, after 11 years,
kami masih lagi rapat,
Alhamdulillah.

Proud to be Ex-Kisasian,
saya rindu zaman sekolah saya :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis