Law Of Attraction (My Humble Points of View)

11:51 AM

I should sleep right now,
but I just can't,
well, agak sukar jadi nocturnal,
apabila malam terasa lebih alive dan bersemangat.

Kerja sudah banyak yang disiapkan,
ada beberapa sikit lagi,
tapi tak rasa nak siapkan sekarang,
so, sementara menunggu mata terpejam lena,
nSI bercadang untuk update my blog.

My precious blog,
lebih kepada diari,
tempat nSI untuk bercerita dan berkongsi,
tentang apa yang boleh dikongsilah kan,
bukan semua benda perlu dikongsi.

nSI ada janji banyak kali kata nak cerita tentang LOA (Law Of Attraction) dalam post yang lepas,
tapi sampai sekarang masih tak cerita lagi kan.

Bukan tak nak cerita tapi LOA ni agak detail penerangannya.
Tapi apa yang nSI boleh cerita,
cuma sekadar apa yang nSI gunakan.

First, kenapa nSI bersemangat nak cerita pasal LOA ni,
sebab bila my sister datang rumah,
dia cerita pasal dia baru balik satu seminar pasal LOA ni,
tapi penerangan dia lebih details,
sebab ada sekali cerita kaitan LOA dengan Beta,
bahaya tidur lewat dan lampu, 
awet muda dan so on.
Yang kebanyakannya nSI tak pernah dengar lagi,
dan tak pernah terbaca lagi,
kira ilmu baru lah kan.

Ok, basically apa dia Law Of Attraction ni?
Law Of Attraction ni dalam Bahasa Melayunya ialah
Hukum Tarikan. 
Macam pelik sikit, 
so nSI stick to LOA sahajalah ye.

LOA kalau ikut wikipedia maksudnya:  is the name given to the belief that "like attracts like" and that by focusing on positive or negative thoughts, one can bring about positive or negative results
http://en.wikipedia.org/wiki/Law_of_attraction

basically, senang ceritanya,
kalau kita banyak bercakap tentang kekayaan, then kita attract kekayaan,
kalau kita banyak bercakap tentang kesakitan, then kita attract kesakitan.

Segala benda yang datang dalam hidup kita,
sama ada positif atau negatif,
kita yang attract benda tu semua.

Kalau nak baca detail tentang LOA,
ada banyak buku bercakap psl LOA,
antaranya buku The Secret,
infact ada movie tentang LOA lagi,
movie The Secret.


Oprah Winfrey pun ada buat talk show tentang LOA.

So, basically ramai orang hebat apply LOA ni dalam kehidupan dia seharian.
Cuma, ada sedikit masalah tentang LOA ini ialah 
apabila dikaitkan dengan "The Universal Power".
Especially Atheist, 
mereka kaitkan tentang gelombang dan kuasa yang dihantar dan diterima itu kepada alam,
dan alam yang memberi tindak balas tersebut.

So, sebagai orang Islam,
kita kenalah faham bahawa Allah yang menganugerahkan semua tu,
segala gelombang, vibration, or tenaga beta yang diperkatakan,
itu semua adalah daripada Allah,
dan nSI kaitkan LOA dengan Islam:

1) Hadis Qudsi di mana Allah berkata: 

Aku adalah menurut sangkaan hambaku terhadap Aku 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmidzi dan Ibnu Majah)

Sebab tu kita selalu dengar daripada pakar motivasi, 
para alim Ulama, 
ustaz-ustaz selalu pesan,
sangka baik-baik, Allah bagi yang baik-baik.

Semua pesanan ni, adalah LOA sebenarnya secara ringkasnya.

2) (Surah 14: Ayat 7) (( Kalau kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat)) 

Boleh rujuk lebih details tentang LOA in Islamic Perspective di sini:
http://muslimtribune.org/reviews/new-age/law-attraction-islamic-perspective-

Ok, senang cerita,
LOA ni ada juga kaitan dengan Optimistik,
kalau orang tak pernah dengar pasal LOA ni pun,
basically dia dah apply dah kalau dia selalu positif,
selalu optimis,
selalu bersyukur,
dan selalu bersangka baik,
sebab semua itu ada kaitan dengan LOA ni.

Sebab tu nSI dah lama apply benda ni,
sebab dulu,
nSI ada buat business yang selalu bercakap pasal motivasi,
so nSI agak suka baca buku motivasi,
pergi dengar motivation talk, dsb,
bercakap tentang LOA ni!

In fact,
apabila belajar subjek psychology,
pun banyak bercakap tentang motivation, will, and so on,
semua itu ada kaitan dengan
Law Of Attraction ni.

Paling berkesan dan amazing,
sampai nSI masa tu rasa macam miracle,
bila nSI pergi ke Sydney FREE,
again, FREE, Ok!


Sydney 2005

Free sebab ada seorang yang sepatutnya pergi ke sana dengan ticket percuma,
tapi tak boleh pergi ke Sydney sebab ada hal,
so ticket free tu, 
diberi kepada nSI!

LOA ni selain daripada be optimist, be thankful, positive and so on,
dia ada beberapa techniques atau laws yang perlu dikuti,
sebab LOA tidak memberi respons kepada 'thinking' tapi bertindak balas dengan 'feeling'.

nSI bagi contoh macam ni:
1) " Saya nak jadi kaya"

2) " Saya gembira sangat jadi kaya"

Ayat satu dan dua, 
Kedua-duanya optimis, positif,
tapi LOA bertindak dengan feeling bukan thinking.

Maka, ayat kedua lebih tepat digunakan dalam LOA
dan bukan ayat yang pertama.

Sebab ayat yang kedua,
kita membayangkan dan merasakan bahawa kita kaya,
sedangkan ayat yang pertama lebih kepada angan-angan wishful thinking!

So, LOA ni bukan wishful thinking,
dia lebih kepada merasakan apa yang kita nak.

nSI bagi satu contoh,
pernah tak kita on d way balik ke rumah mak,
lama sudah tak balik,
dalam hati kita terdetik,
bagusnya kalau mak masak makanan kegemaran kita,
tiba-tiba sampai rumah,
mak memang masak makanan tersebut,
then, kita cakap,
"eh, mak ni, macam tau-tau je nak makan apa kan?'

Sebenarnya, kita dah hantar gelombang tu pada mak kita,
then mak kita terima gelombang tersebut,
itulah LOA,
Law Of Attraction.

nSI bagi beberapa website yang bagus untuk dibaca lebih lanjut tentang LOA,
cuba apply,
follow dia punya law,

http://muslimtribune.org/reviews/new-age/law-attraction-islamic-perspective-

http://www.oprah.com/spirit/The-Law-of-Attraction-Real-Life-Stories_1

http://curezone.com/forums/fm.asp?i=765297

http://www.healthlife.com/resources/articles/?1367-3_Steps_to_Implementing_The_Law_of_Attraction_A_Special_Report_From_Jack_Canfield_and_MentorsOnLove_com

Dan apa yang menarik,
dari perbincangan nSI dengan kakak nSI tentang LOA ni,
ialah tentang gelombang beta,
yang dihantar dan diterima dalam LOA ni,
kata kakak ustazah berdasarkan seminar yang dia attend tu,
Beta ni sangat berkesan ketika tiada matahari,
iatu ketika waktu hujan,
dan waktu malam especially waktu 3-6 pagi!
Kan kedua-dua waktu tersebut waktu mustajab doa!

“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan orang yang mendengar tentang LOA ni daripada nSI,
biasanya akan berfikir sejenak,
tentang apa yang dia buat dalam kehidupan seharian,
especially bila dia berfikiran positif,
then dia dapat apa yang dia nak,
then dia realize itulah LOA.

nSI pun percaya,
kebanyakan orang memang buat LOA ni,
cuma elakkan daripada wishful thinking tu tukarkan kepada,
bayangkan dan RASAkan tentang apa yang kita nak,
then itu LOA.

Sebab tu nSI pernah cakap, nSI suka fairytale story,
sebab dia bantu nSI untuk bermimpi!
Bayangkan dan rasakan tentang apa yang kita nak!

Kalau anda rasa nak jadi Ahli Politik,
bayangkan dari sekarang anda adalah ahli politik,
buat satu board,
letak semua gambar apa yang anda nak,
dan sebelum tidur anda bayangkan dan rasakan tentang apa yang anda nak!
Maknanya bayangkan anda sudah menjadi Ahli Politik, 
dan macam mana keadaan anda ketika itu,
bagaimanakah gembiranya perasaan anda ketika itu.
That's LOA!

Dan yang paling menarik tentang LOA ni ialah,
kita boleh apply dalam semua perkara,
nak cari pasangan hidup,
nak jadi kaya,
nak kereta baru,
nak rumah besar,
nak jadi jutawan,
just apply LOA!

Ingat balik apa yang nSI cakap tentang LOA in Islamic Perspective,
LOA ni memang ada kaitan dalam Islam,
tiada kena mengena dengan pandangan atheist tentang "The Universal Power" tu.

nSI bagi suatu contoh ye,
sekiranya anda lambat dapat jodoh,
cuba tanya balik pada diri anda,
anda yakin dan positif tak,
anda akan dapat jodoh?

Sebab rata-rata orang yang nSI jumpa,
kebanyakannya down,
tak yakin,
siap rasa tak lawa dan tak cantik,
sebab tu takkan dapat jodoh!

Cuba pikir balik,
anda yang pikir begitu,
sebab tu jadi begitu.
Anda yang berfikir anda tak layak,
then itu yang anda dapat!

Anda fikir negatif,
anda dapat negatif!

nSI bagi lagi contoh,
pernah tak jumpa orang yang pada pandangan mata kasar,
sebenarnya biasa sahaja,
tidaklah lawa macam bidadari,
atau kacak macam Edward Cullen ke,
tapi ramai orang tertarik dengannya!
Pernah jumpa tak?

Believe me,
orang tersebut LOA dia sangat kuat,
dia yakin dia cantik, lawa, manis, menawan then semua orang tertawan!
Dia yakin dia handsome, hebat, gempak dan sebagainya, then semua orang nampak dia sangat Up!

Believe me,
that's LOA,
anda cuma perlu rasa cantik dan handsome,
dan orang akan nampak yang sama :)

nSI nak sambung lagi,
tentang gelombang yang dihantar dan diterima oleh seseorang,
contoh anda sukakan seseorang,
then anda membayangkan dia as the one,
membayangkan dan merasakan dia akan jadi pasangan hidup anda,
tapi dia tidak memberi respons yang sama,
malah sebaliknya.

So, please, jangan bersedih,
Anggap sahaja begini,
gelombang dia terlalu rendah,
manakala, gelombang anda terlalu tinggi,
memang tidak sepadan.

Sebab tu,
orang selalu cakap,
"awak terlalu baik untuk dia, lupakan dia".
Yupe, betullah tu,
aura anda lebih tinggi dari dia,
dia memang tidak sesuai dan layak untuk anda.

Sebenarnya mungkin juga gelombang dia yang terlalu tinggi,
tapi untuk menaikkan semangat,
dan mengelakkan daripada patah semangat,
percayalah bahawa aura anda lebih hebat daripada dia.

Tapi, kebiasaannya,
kita tertarik dengan orang yang gelombangnya sama,
contoh macam nSI,
nSI tak tertarik dengan orang yang terlalu alim,
tapi nSI tak juga tertarik dengan orang yang tinggal solat, merokok, etc,
nSI tertarik dengan orang yang secara spiritually macam nSI,
pertengahan,
tidak tinggal solat,
tidak serious sangat, 
tidak syadid sangat,
kadangkala agak fleksibel dalam konteks yang dibenarkan.
Sebab itulah ratio gelombang nSI.


Kesimpulannya,
sentiasalah optimis dalam hidup anda,
dan banyakkan bersyukur,
gembira dalam kehidupan anda,
sangka yang baik-baik,
in sya Allah,
Allah bagi yang baik-baik :)

Hari dah sangat lewat,
nSI pun dah rasa mengantuk,
nSI suka bercakap tentang motivasi,
any opinions,
atau pembetulan tentang LOA ini,
sangat-sangatlah dialu-alukan,
sharing is caring, right?
Jumpa lagi,
wassalam :)

You Might Also Like

4 comments

  1. bestla wani! aku suka bc... byk aku blaja. tq for sharing:) take care <3

    -Asma'

    ReplyDelete
  2. sharing is caring, aku lagi gembira bila ada orang suka baca blog aku :)

    ReplyDelete
  3. wanie, love this article! wishing u all the best too. be blessed!

    ReplyDelete
  4. Owh, thanks so much, really appreciate it

    ReplyDelete

Followers

Follow Ummu Iman Khalis