Langkawi...Saya Datang (Part 2)

10:02 AM

Agak lambat update blog kali ini,
lantaran kepenatan yang teramat,
selepas berjalan sakan di Langkawi tempoh hari :)

Mencari idea dan waktu,
baru hari ini terjumpa waktu yang agak sesuai,
untuk bercerita tentang perjalanan nSI ke Langkawi.

Langkawi, tersangatlah tidak mengecewakan!
In fact, sangat seronok rupanya!
Setelah berbelas tahun tidak ke sana,
ada banyak benda baru yang super duper menyeronokkan!

3 hari 2 malam memang tak cukup nak explore satu pulau,
4 hari 3 malam mungkin lebih sesuai,
boleh berjalan dengan tenang!

FYI, nSI pergi Langkawi dengan 2 orang lagi rakan,
selain dengan my cutest son, my bodyguard itu.

Hari Jumaat pagi, sejurus selesai servis kereta,
nSI terus ambil rakan nSI yang tunggu di ERL,
then kami terus bergerak laju menuju ke Taiping dan ke Kulim.

Kenapa Taiping dan Kulim

Berhenti di Taiping cuma singgah untuk makan dan jumpa parent kawan nSI ni, 
sebab dia sudah lama tak berjumpa dengan parent.
Kemudian kami terus bergerak ke Kulim.

Kulim pula, 
untuk berehat seketika,
sebelum sambung perjalanan ke Langkawi :)
Kulim ni sebenarnya singgah di rumah Tok Ayah seorang lagi kawan nSI yang tunggu di sana.

Perjalanan yang agak jauh,
bagi seorang perempuan untuk drive sendiri,
agak memenatkan sebenarnya,
tapi nSI dan siap download 142 lagu mp3 untuk menghilangkan ke'boring'an.
Opps, lupa nak bagi tahu,
nSI suka berkaraoke dalam kereta sebenarnya,
tak percaya,
boleh tanya my little son,
Or orang-orang yang pernah naik kereta dengan nSI :)

And punyalah jauh perjalanan ke Kulim,
sampai habis 142 lagu then rewind lagi beberapa belas, 
baru sampai ke Kulim dalam pukul 9.00 malam (lebih kurang).

Esok paginya,
disebabkan perjalanan dari Kulim ke Jeti Kuala Kedah agak jauh lagi,
lebih kurang 2 jam perjalanan,
maka kami seawal azan subuh,
sudah bangun, mandi dan bersiap sedia untuk ke Pulau Langkawi!





Super duper excited nak ke Pulau Langkawi!

Walaupun bangun awal,
tapi dalam pukul 8 pagi lebih,
baru kami bergerak sebenarnya.

Mungkin nSI bawa laju agaknya,
sejam setengah sudah sampai ke Jeti Kuala Kedah.

Satu kesilapan yang kami buat,
ketika sampai di Kuala Kedah ialah,
ter'layan' seorang 'Ulat' ketika berhenti di Traffic Light!

Manalah kami nak tahu yang itu 'Ulat',
ingatkan memang orang baik nak tolong kami cari parking kereta.
Tak pasal-pasal kami kena tipu dapat bayaran parking kereta yang mahal.
Sepatutnya bayaran parking kereta dalam RM10-15 sehari,
tapi kami kena RM20 sehari X 3 = RM 60.
Bila dah kena tipu,
kami niat sedekah sahajalah,
silapnya, cuma terjawab sapaan 'Ulat' tu di traffic light.

Moral of the story,
jangan layan mana-mana sapaan di tepi-tepi jalan,
nak tunjukkan parking ke, kereta sewa ke, motel ke, island hopping ke,
apa sahaja tawaran perkhidmatan yang di tepi-tepi jalan ni,
kebanyakannya diuruskan oleh 'Ulat',
dan 'Ulat-Ulat' ni mark-up harga tinggi dari sepatutnya.
Tapi kalau rasa nak niat sedekah, pun boleh, apa salahnya.

nSI parking kereta dalam dewan,
macam yang Tok Ayah kawan nSI ni pesan,
parking dalam dewan ni selamat,
sebab ada orang jaga.
Pakcik ni mukanya nampak baik dan alim sungguh,
parking dalam dewan tu,
kena tinggalkan kunci kat pakcik ni,
jangan risaulah,
pakcik ni memang baik,
tengok muka pun tak ragu-ragu nak tinggalkan kunci,
pakcik ni la yang bagi tahu,
yang minta bayaran RM20 tu 'Ulat' sebab tu jadi mahal,
sepatutnya tak payah bayar pada 'Ulat' tu pun,
tapi sebab kami dah terjawab sapaan 'Ulat' ni,
dia pula sibuk-sibuk nak tunjukkan tempat parking,
walaupun kami dah tahu tempatnya,
maka kami bayarlah juga pada 'Ulat' ni.

Selepas parking, kami terus angkut beg,
pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket ke Pulau Langkawi.
Hari Sabtu, punyalah ramai orang,
sampai tiket habis awal,
kami sampai pukul 10 pagi di kaunter,
tapi tiket yang ada paling awal jam 12.30 tengahari!
Akhirnya, kami duduk makan di Kedai Mamak dekat dengan Jeti Kuala Kedah
dengan penuh sabarnya :)




Dalam pukul 11 pagi lebih,
kami bergerak ke terminal.




Di dalam terminal menunggu feri.

Disebabkan agak lama berada di sini,
dan ada banyak kaunter di buka,
kaunter kereta sewa, kaunter island hopping dan pelbagai aktiviti dibuka,
maka, kami pun meninjau-ninjau,
mencari-cari kereta sewa yang murah di kaunter,
dan pakej Island Hopping.

Lagi sekali, kami dapat yang paling mahal!
Island hopping sepatutnya dalam RM25/person,
tapi kami dapat RM35/person,
sekali lagi,
niat sedekah sahajalah :)

Pukul 12.30 tengahari,
Feri pun sampai,
punyalah ramai orang masyaAllah!





Semua berpusu-pusu beratur nak naik feri,
disebabkan feri ni dah siap ada seat number,
so, kami malas nak berdiri lama,
maka kami jadi antara orang-orang terakhir bergerak ke Feri :)




Sempat bergambar sebelum naik Feri :)

Perjalanan memakan masa sejam dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi,
maka untuk mengelakkan diri dari mabuk laut,
nSI layan movie yang ditayangkan dalam feri ni.


My little son yang super duper excited naik feri,
langsung tak tidur,
sibuk melihat ke luar tingkap,
menghayati keindahan laut :)

Itulah alkisah, 
hari pertama,
perjalanan nSI dan rakan-rakan ke Langkawi,
Penat tapi sangat menyeronokkan!

YOLO, so, be a traveller don't be a tourist!
Lebih banyak anda dapat pengalaman, lebih banyak anda lihat dunia yang sebenar,
lebih dekat anda dengan Allah, Tuhan yang menciptakan sekelian alam.
Berjalanlah atas bumi Allah, hayati dan pelajari.

nSI sambung lagi nanti,
ada banyak yang nSI nak ceritakan,
so, sesiapa nak pergi Langkawi,
travel macam kami,
you should read my blog sampai habis,
ada banyak benda untuk dikongsi :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis