Langkawi...Saya Datang (Part 3)

10:06 AM

Dah Part 3 dah,
dah macam movie Twilight Breaking Dawn pula dah,
ada Part 1 and 2,
and now Part 3
haha...

Ok,
nSI sambung bercerita tentang Langkawi.

Sejurus sampai di Langkawi,
kami telefon kereta sewa untuk ambil kami di Terminal.
Kami sewa kereta Viva, murah juga kami dapat,
harga sewa RM80/day.
Kereta ni kami booking masa di Terminal Jeti Pekan Kuah.

Masa kami tiba tu dah agak lewat,
adalah nak dekat pukul 3 petang,
kepenatan dan kelaparan yang teramat.

Bila kereta sewa lambat,
adalah rasa nak marah sebab buat kami yang kelaparan ni tertunggu-tunggu,
gigit baru tau,
sebab dah lapar kan.

Dapat sahaja kereta,
kami yang kelaparan segera mencari kedai makan yang paling dekat,
iaitu di Pekan Kuah.

After makan,
kami bergerak ke Pantai Chenang,
mencari bilik motel yang sudah dibook,
pusing melilau jugalah mencari,
sebab bilik motel tersebut tiada dalam GPS,
setting alamat pun tidak berapa tepat,
tapi Alhamdulillah,
akhirnya ketemu jua.

After Check-In,
tempat pertama kami pergi ialah,
Under Water World,
sebab paling dekat dengan motel.

Sebelum cerita pasal Under Water World,
nSI cerita dulu pasal bilik motel ni.
Bilik motel ni oklah,
bersih, besar dan selesa.

Cuma yang kurang menariknya ialah,
agak jauh dari pantai,
nak ke pantai kena drive kereta.

Nama motel yang kami duduk ni,
Desa Motel.
nSI booking di Agoda.com,
akibat bertangguh,
hotel dan motel di Agoda.com ni kebanyakannya dah habis ditempah,
pilihan yang ada cuma Desa Motel sahaja.




Kawasan luar bilik motel, ada taman comel disini :)

nSI cadangkan kalau sesiapa berminat duduk di kawasan pantai,
ambil hotel yang betul-betul menghadap pantai.
Ada banyak yang murah macam Malibest, etc.

Tips keduanya,
kalau di Agoda.com sudah fully booked,
sila telefon hotel tersebut directly sebab,
sebenarnya untuk walk-in masih ada banyak kosong.

Yang ni kami tak tau,
kalau tau, kami call direct je.
Seronok sedikit dapat hotel tepi pantai,
boleh tengok sunset setiap hari :)

Ok,
nSI nak cerita pasal Under Water World,
Masuk murah sahaja dalam RM18 kalau tak silap,
nSI lupa sedikti pasal harga ni sebab ada banyak tempat pergi,
tapi tak mahal lah,
murah.

Sesuai kalau bawa anak kecil,
macam Iman my little son ni memang sangat suka tengok fish,
sepanjang perjalanan dari rumah sampai ke Langkawi,
itu yang yang ditanyanya selalu,
Ummi bila nak tengok fish?

Ni antara ikan-ikan yang ada, penguin pun ada,
lebih kurang macam Aquaria KLCC,
bermacam jenis ikan ada.

nSI memang suka tengok ikan,
paling best Ikan Pari,
bila berenang macam burung terbang dalam air,
sangat seronok,
gembira je ikan ni duduk dalam air :)
Tak ada masalah,
haha...

Well, dah namanya haiwan,
mana nak sama dengan manusia kan?
Tapi nSI enjoy tengok ikan-ikan ni,
yang nSI rasa cantik,
nSI ambil gambar,
tak boleh ambil semua, 
banyak sangatlah pula kan :)























Kami keluar dari Under Water World agak lewat,
hampir jam 7.00 malam.
Then, kami terus bergerak ke Pekan Kuah,
Shopping!

Bab Shopping ni pun best!
Sebab banyak benda murah,
mula-mula nSI memang tak nak beli,
tapi biasalah orang perempuan,
cakap saja tak nak,
tapi bila dah masuk kedai,
tak sah kalau tak beli.

Kami beli di kedai Haji Ismail and Group,
Kedai ni antara kedai termurah dan banyak cawangan sekitar Langkawi.
Kedai ni ada banyak store dan berasingan kedai-kedainya,
Chocolate di kedai lain, pinggan mangkuk di kedai lain.

nSI tak shopping banyak pun,
cuma belikan untuk tempahan kawan dan kakak, 
disebabkan banyak sangat tempahan,
nSI pun beli satu lagi beg baru,
sebab beg yang ada tak cukup,
mujur beg kat Langkawi murah-murah belaka,
daptlah nSI satu beg tarik warna pink yang baru :)



Murah sungguh beg ini, harganya RM90 sahaja

Sudah penat shopping,
kami semua bertolak pulang,
memandangkan hari sudah agak lewat,
hampir jam 12 malam,
maka kami pun segera meninggalkan Pekan Kuah,
dan bergerak ke Motel Desa di Pantai Chenang :)

Nanti nSI sambung lagi, in sya Allah
Hari kedua kami di Langkawi :)


You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis