Repost How Do I Survive as A Single Mother- Part 1
2:25 AMOk, memandangkan ini version repost
So, contentnya mungkin dah agak basi!
Actually nSI repost benda yang sama yang nSI tulis di blog lama,
tapi sebab blog tu formal untuk kerja sebenarnya,
so, segala yang peribadi, nSI pindahkan di blog yang baru ni :)
Please click read more untuk baca ye :)
Single Mother?
Serious?
Yup
I'm a YOUNG Single Mother...
Ini cuma sedikit kisah nSI,
apa yang saya buat untuk 'survive' meneruskan kehidupan seperti biasa as a young single mother.
Seusia 27 tahun nSI sudah bergelar single mother :)
Muda kan?
Benda dah jadi, sudah ditakdirkan :)
Sangat berharap kawan-kawan tidak bertanyakan lagi sebabnya,
kerana tempoh bertanya tu mungkin sudah agak terlewat,
dan nSI sebenarnya berharap tidak lagi membuka aib sesiapa lagi,
apatah lagi semua pihak sudah mula membina hidup baru masing-masing :)
Pertamanya, nSI sendiri memang jenis orang yang berdikari,
so, sebenarnya tidaklah susah sangat jadi single mother membesarkan anak sendirian ni,
mungkin juga kerana dari umur nSI 13 tahun (tingkatan 1),
nSI sudah duduk di asrama, mungkin dari situ nSI mula belajar berdikari, sampai sekarang ni :)
Kedua: La Takhof, Wa la Tahzan, Innallaha Maa'na
Allah kan ada, kenapa perlu risau?
Ketiga: Be positive!
Pesan-pesan pada diri selalu,
apa jadi, itu semua ujian je,
hidup ni sementara,
so kenapalah nSI nak takut dengan ujian, just face it!
Itu sahaja, hidup ni ujian, semoga kita tak gagal,
dan berjaya kelak, ameen :)
Dan nSI tidak pernah sekali-kali mengklasifikasikan apa yang berlaku itu sebagai kegagalan,
tapi kejayaan,
sebab tu nSI gembira dengan hidup nSI,
cuma terkenang tu biasalah,
kenangan tak akan hilang,
walau pahit atau manis,
kedua-duanya tetap kenangan :)
Keempat, nSI cari solution atas segala masalah yang menyukarkan hidup:
Contoh satu:
Sudah tiada sesiapa nak tolong dukung iman bila pagi-pagi nak pergi kerja turun dari
tingkat 11 and especially ketika jalan-jalan di shopping mall.
Solution:
1) Stroller. Inilah stroller yang sangat banyak berkhidmat, tapi sekarang dah tak payah guna
sebab semenjak iman sekolah tadika di Q-Dees ni, walaupun baru berumur 3 tahun setengah,
tapi kemanjaannya dah semakin kurang, tak minta dukung dah, suka jalan sendiri pakai selipar
ben 10 :)
Contoh dua:
Sudah tiada sesiapa nak tolong drive hantar ke mana-mana, hantar tu tak apa lagi sebab saya
boleh drive, masalahnya nSI bab jalan ni memang 'fail'!
Solution:
1) Beli GPS. Ini GPS yang sangat banyak membantu nSI, masa awal-awal guna memang agak
kekok, pernah tersesat sebab salah setting, dan pernah tersesat kerana salah baca arah, tapi
bila dah biasa guna, alhamdulillah GPS lebih memudahkan, boleh elak jalan JEM sebab boleh
setting highway dan boleh anggar perjalanan sampai pukul berapa. Alhamdulillah, guna GPS
boleh sampai ke Penang, dan boleh masuk KL dan keluar semula dengan selamat sampai lah ke
rumah. Alhamdulillah :)
Kesimpulannya: Think of the solution, not the problem :)
Jangan biarkan anda rasa seperti patah kaki,
itu yang nSI buat!
Masa awal-awal memang rasa macam tu, tapi
lama-lama, ala, tak susah mana pun :)
Akhir sekali: Ini sepatutnya yang pertama,
tapi saja letak terakhir sebagai penekanan,
ingatlah orang-orang yang tersayang, parent, adik beradik, anak, kawan-kawan,
ada beratus orang yang menyayangi kita,
apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan seorang yang berlalu pergi :)
Sememangnya orang-orang disekeliling nSI,
yang sebenarnya menjadi tulang belakang nSI boleh bangun semula :)
thanks everyone :)
luv u all :)
Last but not least,
sekadar kata-kata daripada nSI,
yang mungkin boleh difikir-fikirkan:
"Kejayaan dan kegagalan itu sifatnya subjektif, anda tentukan sendiri maksudnya,
adakah anda gagal? Atau sebaliknya anda berjaya?"
2 comments
thanks...your words here remind me 'Innallaha Maa'na'..
ReplyDeleteYupe, Allah ada dengan kita selalu, innallaha maana
ReplyDelete