Andai Saya Suka Seseorang...

9:28 PM

Whoops,
nSI bukan nak bercakap yang nSI dah jatuh hati pada seseorang,
tapi,
nSI nak bercakap tentang
andai nSI suka seseorang,
nSI suka kerana keseluruhan pakej yang ada pada dirinya,
bukan hanya satu sebab tertentu sahaja!

Dan kebanyakan orang pun sama,
kita suka seseorang bukan kerana satu sebab,
tapi keseluruhan pakej yang ada pada diri seseorang.

Contoh:
Oh, I adore her/him, because she/he has a big eyes!

Ataupun:
Oh, saya suka dia sebab dia ada leher yang jinjang.
and so on.

There's no such thing!

Kalau kita suka sebab matanya yang besar,
lebih baik kita suka dengan goldfish,
takpun,
suka dengan kucing,
sebab goldfish dan kucing,
kedua-duanya ada mata yang besar,
macam ni!





Sama juga,
kalau kita suka sebab lehernya yang jinjang,
baik kita suka pada zirafah!
Zirafah pun ada leher yang jinjang,
macam ni!



Tapi, kita suka seseorang kerana 'whole package' yang ada pada diri seseorang,
bukan kerana matanya,
bukan kerana paras rupanya,
bukan kerana atas sebab tertentu.

Tapi kita suka seseorang kerana 'whole package' yang ada pada dirinya,
yang kebiasaannya kita sedar tentang keseluruhan pakej yang dia ada,
setelah kita kenal seseorang itu,
sebab itu perumpamaan 'tak kenal maka tak cinta' tu amatlah benar.

Dan kadangkala, kita pun tak boleh hendak gambarkan,
kenapa kita suka pada seseorang,
then,
kita tanya pada hati kita,
Dear heart, why him/why her?
Even, your own heart,
pun takkan mampu beri jawapan.

Sebab itu,
jangan mudah tertipu dengan kecantikan rupa parasnya,
takut anda akan kecewa dengan keseluruhan pakej yang ada pada dirinya,
bila anda benar-benar mengenali orang tersebut.

Dan akhirnya yang anda nampak cuma seekor ikan emas, kucing ataupun zirafah,
bergantung atas faktor apa anda suka padanya.









You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis