Langkawi...Saya Pulang

8:14 AM

Ok, nSI nak tamatkan kisah,
nSI dan BFF ke Langkawi,
so, instead of saya datang,
kita tukar jadi Langkawi...Saya Pulang ye :)

Tapi sebelum pulang,
nSI kena ceritakan pagi terakhir di Langkawi,
kami pergi ke mana?

Ok,
Pagi tu,
jam 8 pagi kami dah bertolak ke,
Cable Car Langkawi,
kami sampai awal,
dalam 8.30 pagi,
terus beli tiket.
Di Oriental Village, entrance untuk ke Langkawi cable Car

Masa awal pagi tu belum ramai orang,
tapi cable car ni mula beroperasi agak lambat rupanya,
8.30 pagi hanya kaunter tiket yang di buka,
kemudian kami kena tunggu sehingga 9.30 pagi,
baru cable car mula beroperasi,
itu belum termasuk masalah cuaca,
kalau angin kuat atau hujan,
cable car tak boleh beroperasi,
ataupun dia beroperasi tapi dengan kelajuan minima.


Bersabar menunggu cable car beroperasi

Bayangkanlah sampai pukul 8.30 pagi.
ingatkan dalam pukul 10.30 pagi ke,
bolehlah sempat balik ke motel untuk check out.

Sekali, pukul 11 pagi baru kami boleh naik cable car,
disebabkan terlalu ramai orang,
dan angin kencang,
maka, cable car bergerak dengan kelajuan minima,
so tersangatlah lambat.

Dapat pukul 11 pagi tu pun dah bersyukur sangat,
Alhamdulillah!
Itupun sebenarnya potong queue,
tapi bukan potong queue secara haram,
staff akan panggil kalau cable car tu ada kekosongan,
satu cable car boleh masuk 6 orang,
kebetulan satu group tu cuma 3 orang,
so dia cari siapa yang datang dalam 3 orang boleh terus naik!
Walaupun, kami berempat sebenarnya if campur my little son,
tp disebabkan my little son tu so little,
so kira tiga je,
rezeki kami,
pukul 11 pagi kami dapat naik cable car!
Law of attraction before tu dah buat dulu dah,
"by hook by crook, pukul 11 mesti dah seronok naik!"


Nampak macam lengang kan?


Side yang berbeza, tengoklah ramainya, masyaAllah!

Kebosanan yang teramat!

Bila dah dapat naik,
Cable Car Langkawi ni tersangat lah best,
sebab naik sehingga puncak Gunung Mat Cincang!


Iman excited naik cable car!

Orang gayat memang boleh muntah dan rasa nak pitam!

Macam kakak yang naik dengan kami ni,
agak gayat sikit,
tapi ok je,
tak ada sampai muntah pun,
cuma kakak-kakak ni tak berani berdiri dan ambil gambar,
or tengok bawah!
Gayat!


Family yang naik satu cable car dengan kami!

Tapi paling best,
bila sampai atas Gunung Mat Cincang!
Perjalanan dari bawah ke puncak ni tak lama,
25 minit saja dah sampai.

Bila dah sampai atas gunung tu,
subhanallah,
indahnya ciptaan Allah,
dengan angin yang bertiup kencang,
seakan rasa nak melayang,
terasa melayang sama semua bebanan masalah yang ada dikepala!

Tapi my little son,
tersangatlah takut,
sebab dia rasa nak melayang,
sampai menangis tutup muka lagi!
So, nSI dukung dia saja sepanjang berada di atas tu,
tapi serious,
kalau pergi Langkawi, 
mesti naik cable car,
dan mesti datang awal,
siapa yang datang lambat,
dengan anak kecil lagi,
rasanya kena return balik tiketlah jawabnya,
sebab kena tunggu lama!


Iman sangat takut, sampai tutup muka dengan jajan!

Kami yang datang pukul 8.30 pagi pun naik jam 11 pagi,
dan masa kami turun dalam pukul 12 tengahari tu,
Ya Allah,
kami tengok queue tu dah terlalu panjang,
sampai ke tangga dan ke bawah!

Kami yang sudah terlambat untuk check out,
dan nSI yang langsung tak packing barang lagi,
segera bergegas ke Desa Motel,
sumbat semua barang masuk beg,
then terus check out.

Kami rushing sebab sudah jam 1 tengahari masa check out di hotel,
dan kereta perlu dipulangkan sebelum jam 3 petang,
dan paling kami risau,
takut tiket feri habis.

So, kami terus bergerak ke Pekan Kuah,
beli tiket feri dahulu di jeti,
Alhamdulillah dapat tiket pukul 5 petang.

So, sempatlah kami pergi ambil gambar dahulu di Dataran Lang,
dan shopping sedikit lagi di Pekan Kuah,
dekat jam 3 petang,
kami pulangkan kereta,
then makan dan solat di Jeti,
memandangkan kereta sewa sudah di pulangkan.


Destinasi terakhir!

Jam 4 petang kami bergerak masuk ke terminal.


Sampai perlukan troli kerana banyak barang!

Dalam 5 petang,
kami bergerak naik ke atas Feri.


Sempat bergambar sebelum naik feri!

Kami sampai di Jeti Kuala Kedah waktu maghrib,
nSI terus ambil kereta,
dan bergerak pulang.

Penat memang teramat,
tapi pengalaman dan keseronokan berjalan itu mengatasi kepenatan.

Kami berhenti seketika di RnR Gurun untuk makan daan solat,
then meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,
untuk hantar my BFF,
kemudian baru nSI bergerak balik ke rumah sendiri,
Sampai di rumah sudah agak lewat, dalam 4 pagi!

Langkawi tidak mengecewakan,
terima kasih buat myBFF yang best dan sporting teramat!

Nanti kita pergi jalan-jalan lagi ye ! :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis