Langkawi...Saya Datang (Part 4)

11:58 AM

Ok, now Part 4,
bila nak habis agaknya,
esok mungkin tamat kisah Langkawi...saya datang ni.

Sorry guys,
nSI memang update blog di kala lewat malam,
Almaklumlah,
nSI kan night Owl, nocturnal,
malam aktif,
siang pasif,
tak banyak idea nak tulis blog di waktu siang,
siang lebih sesuai kerja-kerja yang tak perlukan idea :)
Mengemas rumah contohnya,
memang itu pun yang selalu nSI buat di kala cuti sekolah ini.

Ok, lari topik dah,
nak cerita sambungan semalam,

Hari kedua di Pulau Langkawi,
kami buat aktiviti Island Hopping,
Dari Pulau Tasik Dayang Bunting,
kemudian Ke Pulau Singa,
dan akhir sekali ke Pulau Beras Basah.

Sebelum bertolak,
kami sarapan dulu,
dekat warung,
warung ni di bahagian depan Desa Motel,
tepi jalan.



Kemudian,
kami tunggu agen Island Hopping ni datang ambil kami di motel.
Janji pukul 9 pagi,
tapi 9.20 pagi pun masih on the way katanya,
sabar sahajalah,
janji melayu.

So, kami tunggu dengan penuh sabarnya di tepi jalan.



Kemudian datang van dan hantar kami ke jeti.
Sampai di jeti,
kami terus naik bot,
bergerak untuk ke pulau-pulau.

Paling kelakar bila my little son,
sangat takut naik bot,
genggam tangan ummi punyalah kuat,
sebab bot sangat laju,
dan terhentak-hentak,
isy, rasanya kalau orang tengah mengandung,
janganlah naik bot laju ni,
memang boleh keguguran lah,
serius!
Muka Iman cuak!

Pulau Pertama yang kami pergi ialah,
Pulau Tasik Dayang Bunting.
Apa yang menarik tentang pulau ni?

Menariknya sebab ada tasik di Pulau ni,
Mungkin juga menarik kerana namanya,
Pulau Tasik Dayang Bunting.
Kenapa dayang Bunting sebab
bentuk bukitnya macam orang perempuan mengandung.



Lama juga berhenti di Pulau ni,
sejam.
Sebab kena berjalan dalam 10 minit untuk pergi ke Tasik Dayang Bunting ni,
Sebelum berjalan 10 minit ke tasik
Bila dah sampai di tasik,
punyalah cantik tasik ni,
sebab di tengah-tengah pulau,
amazing,
subhanallah :)

Tasik Dayang Bunting di tengahj-tengah pulau


Sampai di tasik,
ada ramai yang mandi, 
tapi kena pakai life jacket sebab air tersangatlah dalam.

Kami tak mandi sebab dalam sangat,
so, kami duduk-duduk di pontoon,
hulur kaki dalam air,
yang best nya,
ada banyak anak-anak ikan keli,
akan datang gigit-gigit kaki,
comel sangat.

Anak-anak ikan keli menggigigit-gigit kakiku
Menikmati keindahan tasik

Kemudian,
bila dah nak dekat sejam,
kami pun bergerak segera ke bot laju,
untuk ke pulau berikutnya,
Pulau Singa.

Di Pulau Singa ni,
ada banyak sangat helang berterbangan rendah menyambar ikan di permukaan air.


Helang berterbangan rendah di permukaan air menyambar ikan


Kemudian,
kami bergerak ke pulau terakhir iaitu,
Pulau Beras Basah.
Kami berhenti di sini hampir sejam,
kat sini pantainya bersih,
pasirnya putih,
so nSI pun bermandi manda di sini,
and buat sand castle dengan my little son :)


Pasir yang sangat putih di Pulau Beras Basah

Kemudian,
bila dah puas mandi, main pasir,
kami pun naik semula ke bot,
tapi yang tak syoknya,
nSI dengan Iman my little son basah lenjun,
segan nak naik redah orang-orang yang duduk dihadapan bot,
nSI pun dengan kelakarnya,
konon-konon hebatlah,
nak panjat bot dari tepi,
berkali-kali cuba tak berjaya,
sampai semua orang dalam bot dah start gelak,
pemandu bot nak cuba tolong tarik tangan dah,
tapi biasalah,
nSI kalau kata nak,
nak jugak,
akhirnya boleh juga naik,
cuma tangan macam cramp sikitlah :)

Sampai di jeti,
nSI call agen,
untuk hantar kami pulang ke motel.

Sampai depan motel,
driver ni perli nSI,
"Dapat beli pinggan murah ke?"
baru nSI teringat yang nSI tersalah hantar sms dekat agen Island Hopping ni malam sebelumnya,
masa sakan shopping beli barang di Pekan Kuah.


Sungguh memalukan, haha

Sampai di motel,
kami terus mandi dan solat,
sebab dah kesuntukan waktu,
kemudian kami pergi lunch di Restoran Harum Aroma di Pantai Chenang,
sedap masakannya, mungkin juga sebab kepenatan dan kelaparan.

Kemudian kami bergerak ke Cabel Car Langkawi,
sampai saja di sana,
Ya Allah, ramainya manusia,
nampak gaya memang kami takkan sempat naik sebab terlalu ramai,
maka kami batalkan niat untuk naik cabel car petang tu.
Kami cadang datang awal pagi esoknya.

So, kami tukar plan,
pergi ke Wildlife Sanctuary and Birds Paradise.

Ya Allah,
sangatlah seronok rupanya,
bagi haiwan makan.

Haiwan di Wildlife Sanctuary ni dah di latih,
untuk datang makan bila tourist bagi makan.

Mula-mula,
kami semua takut nak bagi,
sebab takut kena gigit,
especially binatang yang mula-mula kami jumpa ialah,
Burung Kakak Tua yang sangat besar dan berbunyi sangat bising,
tapi bila pekerja di situ kata,
burung ni jinak,
kami memberanikan diri.

Oh, memang jinak rupanya,
seronok betul!


Burung Kakak Tua yang jinak!

Di Wildlife Sanctuary ni,
kalau haiwan tu tak jinak,
ada signboard tulis jangan hulurkan tangan masuk dalam cage,
In fact, cage haiwan tu ada jaring-jaring,
and memang tak boleh masukkan tangan pun,
kita cuma letakkan tangan di bahagian luar,
nanti haiwan tu ambil sendiri.


Ini ialah binturung namanya Abu, dia makan pisang, comel sangat!
Monyet ni rupanya kukunya tak panjang pun, comel sangat bila dia ambil makanan di tapak tangan, tangannya sangatlah lembut, tapi hati-hati dia suka main dengan aksesori macam gelang, rantai, sampai kain beg tangan nSI pun ditariknya :)


Dan antara yang paling menarik ialah,
beri makan Aviary Birds atau lebih dikenali dengan Love Birds.

Ya Allah burung ni rupanya,
memang suka kissing,
pastu duduk berdua-duaan,
patutlah orang yang sakan bercinta tu dipanggil Love Bird,
sebab sama macam burung ni,
baru nSI tau!

Burung ni sangatlah comel,
datang terbang makan di tapak tangan,
Ya Allah sangat cute,
sangat best!


Super duper excited bila dia makan di tapak tangan!

Orang lain pun excited sama sampai ambil gambar! serius!

Ada banyak sangat haiwan yang kami bagi makan,
nSi cuma cerita yang paling seronok bila bagi makan kat beberapa haiwan.
Bagi makan Ostrich pun best juga,
sebab Ostrich ni sangat besar,
so tak boleh bagi makan di tapak tangan,
kena letak kobis dalam gayung,
then Ostrich ni datang makan,
yang agak menakutkan bila datang sampai 5 ekor makan di satu gayung yang kita pegang,
takut tapi seronok :)



Bagi makan dengan arnab pun best juga,
nSI dulu pernah bela arnab berbelas ekor,
sebelum nSI jual dan sedekah kat orang,
so bila jumpa arnab-arnab yang jinak dan mesra ni,
rasa rindu nak bela pet balik,
tapi nSI nak bela kucing pula,
nSI nak bagi namanya Richard Parker,
macam nama harimau dalam movie Life of Pi.
Tapi sampai sekarang tak jumpa lagi kucing untuk dibela,
nanti kalau dah ada,
nSI tulis cerita pasal My Richard Parker tu pula ye :)


Ada berpuluh-puluh ekor datang menyerbu macam kebuluran 
Comel kan?
Itu sahajalah kisah di Wildlife Sanctuary.
Kemudian kami segera balik ke Pantai Chenang sebab dah lewat,
takut terlepas tengok sunset.


Iman menghayati suasana matahari terbenam :)

Malam kedua di Langkawi,
kami kepenatan yang teramat,
nSI pun tak larat nak drive jauh,
so kami cuma makan dan shopping di area Pantai Chenang sahaja.
Kami makan di Restoran Pesona dekat dengan Restoran Harum Aroma,
makanan kat sini pun sedap.

Cukuplah sampai disini sahaja coretan buat hari ini,
memandangkan jam sudah hampir pukul 4 pagi.
Orang lain dah ramai tidur,
Timeline twitter pun dah mulai sepi,
menandakan sudah ramai yang diulit mimpi,
nanti nSI sambung lagi ye,
in sya Allah :)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Follow Ummu Iman Khalis